Tuesday 22 March 2011

of drama and me, literally ...

Serius penat bila fikir kerja. Penat fikir pelbagai kerenah manusia. Penat.

Tapi hari ni saya agak HAPPY walaupun serabai je ngan baju bomba yang besar + kain hitam yang kipas (sbb susah nak duk bersila atas kerusi) plus tudung yang xcukup brooch! mmg serabai rasa cam makcik kat pasar jual sayur. makcik kat pasar jual sayur pun skrg dah stailo, pakai tudung bertone2 dengan makeup ala artis!ok, apa ntah aku merepek ni....??? abaikan!


 Perihal si comel 1U
 
1U hari ni buat Positive/Negative Questions/Responses.

hari ni agak okey sebab xyah jerit2 sangat, cam agak under control minus 3, 4, 5 orang yang memang azali diorang HYPERACTIVE yang xleh nak buat apa, kena REDHA je. Hari ni saya REDHA je tengok mereka menghuru-harakan kelas.

Oh, anyway, saya HAPPY sebab saya ajar, diorg boleh faham jugak apa yang diajar (walaupun penat ulang berkali kali kali kali benda yang sama) tapi pastu tengok diorang buat latihan dan siapkan semua soalan !!!! uhuk *insert muka nangis air mata darah kat sini* terharu tau! bukan senang diorang nak tegar buat keje. tiba2 hari ni siap. haruslah tersentuh hati I yo! tapi pasni xtau la kalau diorang tiba2 da xnak buat keje. uhuk, jangan la jangan la camtu. tanakkkkkkkk. uhuk! :(

And then benda yang xbest :

Panggil 2 orang bdak yang main baling botol sampai terkena kepala bdak pompuan smpai nangis2. haihhh. Knape korang, knape? Penat tcher cakap, tapi rasa cam cakap ngan dinding, oh! Sedih tcher tau! Berbuih2 mulut cakap sampai tersembur2 dah macam hujan kna kat muka classmates korang yang tak bersalah (xpe, kna 'hujan semburan' tcher berkat tu . Peace yo! Hehe.) Tapi korang angguk, ckp faham and then buat lagi dan lagi dan lagi. UHUK. Serius tacing rase cam tunggul. Tak baik tau buat cikgu korang camni! Kang tcher merajuk kang :(

Pada budak yang tcher panggil tadi:

tcher panggil tadi bukan sebab BENCI tau. tcher sayang korang, tcher nak korang jadi manusia yang baik, sebab tu tcher panggil dan cakap ngan korang.

Pasni TOLONGLAH behave ye si comel2 semua! Tcher suka masuk kelas tengok muka comel suci bersih korang semua. Tenang dan lapang je hati . Jadi janganlah korang menimbulkan rusuhan plak pada ketenangan dan imej suci murni korang tu k, cutiepies! Peace ! :) Teacher sayang kamu semua =D *insert muka tcher bajet comel pose senyum ala2 ibu mithali*

OK, NEXT : 4 SOLEH!

Saya HAPPY juga hari ni. Hari ni 2 masa, pastu sambung lagi 1 masa (sbb tukar ngan Kak Nik sbb dia xleh masuk hari ni, so dia masuk esok masa saya)Jadi total 3 masa.

Sepatutnya masa 2 masa buat karangan tapi diorang nak habiskan FRUITCAKE SPECIAL (Oh, utk yang tak tau apa Fruitcake Special, ni adalah tajuk short story literature Form 4 ye, bukan fruitcake betul yang orang makan atau jangan confuse ingat ni kelas masakan. Tidak sama sekali. Nehi! Kabhi nehi!)

ok, so hari ni sambung ngan Fruitcake Special. Best! Sronok walaupun cam ada gak budak2 ni kelihatannya seperti penat dan kadang2 terkulai layu diatas meja. Pastu HABIS!

HABISSSS!

HABISSSSS akhirnya short story ni! YAYYYYYYYYYY!!

Tapi masa xhabis lagi. OPSSSS!!!

Pastu diorang nak sambung ngan Drama GULP and GASP! Diorang biar betul? Xpenat ke? Tapi diorang muka SERIUS tau! So, OK. haha, ingat diorang dh penat ke, tapi EXCITED nak jugak baca yang drama. ok, fine, tcher xkisah jeeeeeeee.

OK. tadi saya berkobar2 nak tulis. pastu stop, pegi sana pegi sini. skrg dah penat dan ngantuk. aduiii. tapi apapun tadi Drama BEST! the kids, eh bukan. diorg bukan kids dah 16 thn kan. but anyways, they enjoyed the drama tadi(saya pun ejoy juga. kelakar dan fun) dan rasa tak percaya je boleh habis drama hari ni jugak! wahhhhhh. kagum.

so, dah habis dah syllabus Literature Form 4! YAYYYYYYYYYYYYY*buat tarian puak*

Tahniah Naemah, Tahniah! Haha, padahal Tahniah kat 4S la, sebab diorg tegarrrr nak habiskan.

SYABBAS BETA! ME BOHOT BOHOT KHUSYIHU! tetiba buat drama hindustan lak kan.

apapun, sempoiii je hari ni. well, agak la. haha.

ok, stop sini dulu.

3 comments:

  1. cikgu nemah memang bez...coz x penat and tension pown ajar kitaorang kt 4soleh....kitaorang happy sangat ada cikgu bez cam cikgu naemah nie....anyway,ary masa baca drama ary 2 bez...coz ada adegan ketawa and kutuk pown ada....hehe...kami semua harap cikgu kekal kt claz kitaorang....coz cikgu naemah memang the bez....ok cukup sampai disini sahaja komen saya....bye...see u in claz

    ReplyDelete
  2. cikgu naemah memang bez....coz x penat and tension pown ajar kitaorang kt claz 4soleh...masa baca drama ary 2 kt claz bez coz banyak adegan yang cukup menarik....hehe...anyway, terima kasih kerana mengajar kami semua kt claz 4soleh...kami sayang cikgu naemah...kami harap cikgu kekal jadi guru kami coz cikgu naemah is the bez....haha...sekian saja coment untuk ary ini...bye..see u in claz..

    ReplyDelete
  3. Wahhhhh, thanks ye asrul. takdelah cikgu naemah tu best pun. yang best adalah sebab korang semua sporting jeee, kan. anyway, thanks jugak sebab walaupun penat, korang bersemangat je lagi. hehe. :)

    ReplyDelete